A Postcard From Glasgow: An Experience

Published on: Sunday, 1 May 2011
Categories: Experiences, Happy
Comments: No Comments

 

 

 

Early last month, somebody from Europe had asked me for my home address, Surprisingly and suddenly, last two weeks I got a lovely postcard.

This was the first experience received a postcard from oversea. And also first time received a postcard from England, specifically Glasgow.

This postcard is from future “ Princess of Wales “, thanks dear, appreciate it.

 

PostCard-Galsgow0001

Obsesi pengguna terhadap iPad

Published on: Saturday, 22 January 2011
Categories: Articles, Kosmo
Tags:
Comments: 1 Comment
 
 
 
 

Oleh ROSMALINA ABD. KADIR (rosmalina.kadir@kosmo.com.my)

SELEPAS telefon pintar seperti iPhone dan Blackberry menjadi salah satu lambang gaya hidup masa kini, komputer tablet pula menjengah pasaran dan menjadi gajet yang mengujakan para penggemar teknologi.

Apple sebagai peneraju telah memperkenalkan iPad bagi melengkapi senarai gajet pintarnya yang menjadi koleksi penting penggemar jenama itu yang selama ini ’taksub’ pada iPhone dan iPod Touch.

Dikenali sebagai komputer tablet dalam kalangan pengguna secara umum, jenama Samsung pula tampil dengan Galaxy Tab diikuti Playbook oleh Blackberry yang memberikan tawaran hampir sama.

Bagaimanapun, bagi dua orang penggemar jenama Apple, Izaati Abdul Ghafur, 22, dan Ayu Roslan, 28, mereka mempunyai jawapan tersendiri apabila memilih iPad sebagai pelengkap gaya hidup.

Izzati baru sahaja membeli iPad sebulan yang lalu kerana tertarik dengan aplikasi permainan yang ditawarkan terutama Angry Birds yang dapat dimuat turun secara percuma melalui iTunes.

“Tetapi, sebab utama yang menarik perhatian saya dengan iPad adalah kerana jenamanya yang menjadi antara yang paling popular ketika ini. Memiliki gajet keluaran Apple merupakan satu kebanggaan buat pemiliknya,” kata pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.

Menurut Izzati, dalam masa sebulan menggunakan iPad, dia sudah memuat turun sebanyak 14 permainan secara percuma dan membeli sebanyak empat permainan lain yang berharga sekitar RM3.10 setiap satu.

Antara permainan lain yang dimuat turun adalah Restaurant City, Fruit Ninja, Monopoli, Simcity DLX dan Texas Poker.

IZAATI tidak jemu menghiburkan dirinya dengan variasi aplikasi permainan yang dimiliki dalam iPadnya.

“Walaupun iPad yang saya beli merupakan versi pertama dan tidak dapat digunakan untuk membuat panggilan telefon, saya masih membelinya walaupun ketika itu jenama Galaxy Tab menawarkan kelebihan itu.

“Tujuan utama saya memiliki iPad adalah untuk hiburan. Selain permainan saya dapat berhubung dengan rakan-rakan melalui rangkaian Internet dan perhubungan sosial seperti Facebook,” katanya.

Sehubungan itu katanya, selain kelebihan WiFi, dia memilih iPad yang menawarkan aplikasi Internet bina dalam melalui penyedia perkhidmatan Maxis yang mengenakan bayaran RM90 sebulan.

“Internet penting untuk sentiasa kekal berhubung. Selain itu dengan kelebihan navigasi, ia memudahkan pergerakan saya menerusi laman peta yang antaranya menyediakan maklumat mengenai restoran-restoran menarik di lokasi terdekat.

“Walaupun harganya agak mahal, tetapi secara keseluruhan perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan,” katanya.

Aplikasi perniagaan

Bagi Ayu yang merupakan Pengarah Urusan Jari Spa di Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur, dia membeli iPad selepas dua bulan produk itu memasuki pasaran. Jika Izzati aktif menjadikannya sebuah gajet hiburan, Ayu pula menjadikan iPad sebuah peranti yang membantunya dalam perniagaan.

“iPad merupakan gajet yang berguna sekiranya kita tahu kegunaannya secara menyeluruh. Saya melengkapi iPad dengan aplikasi Microsoft yang membantu saya menyimpan dokumen penting yang saya gunakan untuk tujuan pembentangan bersama klien perniagaan.

“Oleh itu, penting untuk seseorang yang membeli iPad untuk mengetahui tujuan membeli gajet ini serta mengetahui kebolehannya secara optimum. Jika tidak, ia merupakan satu kerugian,” katanya.

PERMINTAAN terhadap peranti tablet semakin menjadi trend masyarakat global.

Sebab utama yang menarik perhatian Ayu terhadap iPad adalah saiznya yang muat di dalam beg tangan. Bagaimanapun, pengaruh jenama Apple merupakan elemen penting sebelum dia membuat keputusan membelinya.

“Apple adalah jenama peneraju. Walaupun ada produk komputer tablet pesaing di pasaran kini, saya menganggap iPad adalah keluaran terbaik dan tidak boleh ditandingi jenama-jenama lain.

“Saya menggunakannya setiap masa kerana ia adalah sebahagian kehidupan dan perniagaan spa yang saya jalankan,” katanya.

Pantau bisnes

Menurut Ayu, melalui iPad dia dapat memantau perkembangan spa menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari mana-mana sahaja kerana ia tampil dengan kelebihan konsep mobiliti.

“Tidak seperti komputer riba, iPad amat ringan oleh itu ia tidak membebankan sekiranya perlu dibawa selain kemas dimuatkan di dalam beg tangan.

“Selain itu, iPad penting bagi saya sebagai pengguna Internet kerana selain dapat berhubung dengan rangkaian perhubungan sosial, saya perlu kekal berhubung dengan rakan-rakan, klien dan pelanggan melalui e-mel,” katanya.

Katanya lagi, tidak terhad kepada fungsi perniagaan, Ayu juga tidak ketinggalan memanfaatkan aplikasi hiburan yang ditawarkan iPad. kelebihan iTunes yang boleh dimuat turun secara percuma menjadikan pengalaman menggunakan iPad lebih menghiburkan.

“Selain memuat turun fail-fail permainan dan lagu-lagu, saya juga berkongsi fail-fail hiburan dengan rakan-rakan yang menggunakan iPad, iPhone atau iPod.

AYU memanfaatkan kelebihan aplikasi iPad untuk mengurus perjalanan bisnesnya.

“Permainan yang disediakan juga sentiasa hadir dengan versi terkini, sama ada boleh dimuat turun secara percuma atau boleh dibeli dengan harga AS$0.99 (RM3.10) sahaja,” katanya.

Tambahnya, aksesori iPad banyak di pasaran, oleh itu penggunanya dapat tampil bergaya mengikut cita rasa masing-masing.

“Untuk tampil berbeza dengan pengguna iPad lain ialah dengan menggunakan aksesori seperti sarung iPad yang boleh dibeli di kedai aksesori Apple berdekatan,” katanya.

Menurut laporan dari Apple, beberapa aplikasi iPad berbayar berasaskan produktiviti muncul dalam senarai sepuluh tertinggi di seluruh dunia.

Antaranya adalah perisian yang menyimpan data halaman, pengiraan dan nota. Ada di antara program tersebut, termasuk aplikasi suit Microsoft Office berharga AS$10 (RM31) untuk dimuat turun.

Aplikasi GoodReader dan WolframAlpha adalah yang teratas dalam senarai muat turun tersebut.

Senarai aplikasi percuma yang dimuat turun pula kebanyakannya bersifat pengumpulan data dan hiburan. Google Earth, Amazon’s Kindle, Pandora Radio dan Netflix adalah natara yang muncul dalam kategori tersebut.

 

Sumber: KOSMO Online

Kembang Sepatu

Published on: Friday, 18 June 2010
Categories: Articles, Berita Harian
Comments: No Comments
 
 
 
 

Bunga raya bukan hanya lambang Persekutuan

BH Online 2010/06/18

BUNGA Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan.

DI Malaysia disebut ‘bunga raya’, di Indonesia dipanggil ‘kembang sepatu’ dan di Filipina dikenali sebagai ‘gumamela’. Walau apapun panggilan dan nama diberikan, ternyata ia pokok bunga pilihan ramai. Bunga ternyata memberi pendapatan lumayan kepada sesetengah negara.

Bagaimana di Malaysia? Hanya bunga tertentu ditanam secara meluas di kawasan tanah tinggi. Sebenarnya, tidak ada seorang pun yang tidak kenal bunga dan suka dengannya.

Ia kerana bunga sering dikaitkan dengan lambang kecantikan, kelembutan dan kasih sayang. Akhir-akhir ini status dan kepentingan bunga raya semakin terpinggir. Pada hari memperingati kekasih, bunga mawar dan bukan bunga raya menjadi pilihan.
Ramai generasi muda tidak mengetahui sejarah dan kepentingan bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan.

Selepas negara mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian diarah mencadangkan bunga sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan.

Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu bunga kenanga, bunga melor, bunga teratai, bunga cempaka, bunga tanjung, bunga mawar dan bunga raya.
Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas mengadakan perbincangan mengumumkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Julai 1960.

Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana warna merah melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran.
Lima kelopak pada bunga raya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi satu elemen perpaduan negara serta membentuk masyarakat adil dan saksama.

Bunga raya tentunya melambangkan Persekutuan Malaysia dan sebagai bunga kebangsaan ia dinobatkan lagi dengan penggunaannya sebagai perhiasan di bangunan Parlimen, wang syiling dan ringgit Malaysia, simbol Filem Negara dan menjadi hiasan pada kain rentang bagi majlis rasmi kerajaan.

Jabatan Warisan Negara menyedari akan perkara itu dan atas cadangannya, kerajaan akhirnya mengangkat bunga raya sebagai Warisan Kebangsaan pada 7 Julai 2007.

Ia tentunya satu langkah memartabatkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang sepatutnya dijaga dan dihargai semua lapisan masyarakat.

Bunga raya adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan.

Bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan dikenali sebagai Hibiscus rosa-sinensis rex iaitu hibiscus China.

Ia juga dikenali mawar China, bunga sepatu atau kembang sepatu dari keluarga Malvaceac.

Ia adalah pokok renek yang berasal dari barat Asia. Ia ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Ia sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun.

Pelbagai jenis dengan warna bunga yang pelbagai, dari putih pada kuning bata dan merah jambu tetapi yang menjadi pilihan negara kita berwarna merah. Bunganya besar tetapi tidak berbau.

Bunga raya menjadi penting kepada masyarakat dulu bukan kerana warnanya yang merah tetapi ia juga digunakan dalam perubatan tradisional. Bunga raya mengandungi hibiscetin. Batang dan daunnya mengandungi kalsium oksalat, lemak dan protein.

Bunga itu dikatakan berguna untuk menyejukkan anggota badan yang panas, mengubat batuk dan demam. Lumatkan bunga itu di dalam air dan ia boleh disapu pada badan dan kepala.

Bunga raya juga dikatakan mampu mengubat penyakit kencing bernanah.
Rebus enam atau tujuh kuntum bunga bersama tiga atau empat gelas air. Air rebusan itu ditapis dan selepas diembunkan bolehlah minum.

Bunga raya juga boleh dijadikan sirap, sesuai dengan warnanya yang merah.
Spesies hibiscus bunga raya ialah hibiscus sabdariffa iaitu Rosella yang dijadikan minuman lazat lagi berkhasiat.

Bagaimanapun di sesetengah tempat di India, bunga raya menjadi bahan pengilat kasut. Mungkin daripada kegunaannya untuk mengilat kasut, di Indonesia ia dikenali Kembang Sepatu.

Cecair dari bunga raya dikatakan sesuai untuk kasut warna tertentu.

Daun bunga raya juga digunakan untuk mencegah uban. Ambil antara 10 dan 15 helai daun bunga raya. Cuci dan ramas sehingga keluar cecair lendir.
Bersih kulit kepala dan rambut dengan lendir itu. Selepas 10 minit dan kering, baru dibasuh. Lakukan dua kali seminggu.

Tahun ini genap 50 tahun bunga raya diangkat sebagai bunga kebangsaan. Mari kita sama-sama menyokong Jabatan Warisan Negara serta agensi lain di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan uar-uarkan bunga itu.

Kita juga perlu mendidik dan mendekatkan generasi muda pada bunga itu. Institusi pendidikan sama ada sekolah, maktab perguruan, universiti dan pejabat kerajaan wajar menanam bunga berkenaan di halaman atau kawasannya.

Usaha untuk menaik dan memartabatkan semula bunga raya sebagai bunga kebangsaan sangat penting memandangkan masyarakat masa kini ramai yang tidak peduli dan mengetahui kedudukan serta status bunga raya sebagai bunga kebangsaan.

Tip Sihat: Pisang

Published on: Saturday, 22 May 2010
Categories: Tips Sihat
Tags: No Tags
Comments: No Comments

Memakan pisang adalah kebiasaan yang baik. Pisang mengandungi lemak sayuran yang baik bagi kesihatan pembuluh darah. Pisang juga kaya dengan serat. Ini memudahkan kita membuang air besar. Selain itu, pisang mempunyai kalium semulajadi yang baik bagi kesihatan jantung. Secara puratanya, setiap 100 gram pisang mengandungi 400 miligram kalium. Ini cukup bagi memenuhi keperluan kalium orang dewasa.

Enam Belas Mei

Published on: Sunday, 16 May 2010
Categories: Experiences, Happy, Memory, Touching
Comments: No Comments

Pada 16 Mei ini, kita semua menyambut Hari Guru. Guru ibarat lilin yang membakar diri dan menerangi kehidupan warga manusia untuk menjadikan manusia luar biasa hebat. Kepada semua guru yang telah mendidik saya dan kita semua, terima kasih dan Selamat Hari Guru.

« page 2 of 30 »
Inspiration's Tweet
- Twitter Goodies - Profile
Momento




Momento

Welcome , today is Monday, Monday, 22 October 2018