Terdapat beberapa fakta penting sempena Sambutan KSAH 100 Tahun. Berikut disenaraikan beberapa fakta tersebut:
Pengisytiharan Collegians of the Century:
Tiga collegian telah diisytihar sebagai Collegian of the Century. Mereka ialah KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman &YA Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Perubahan Nama Laluan:
- Medan di hadapan Anjung Perdana (Blok Utama) kini dikenali sebagai Dataran Tunku Abdul Halim
- Laluan A (Laluan Masuk) ditukar nama menjadi Persiaran Tunku Abdul Rahman
- Laluan B (Laluan Keluar) ditukar nama menjadi Persiaran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Centennial Square
Sebuah monumen yang dikenali sebagai Centennial Square telah dibina di antara blok Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Pada hari Majlis Sambutan KSAH 100 Tahun, telah berlaku tiga peristiwa penting di situ yang telah disempurnakan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman iaitu:
- Perasmian Centennial Square
- Titah Amanat Kapsul Masa
- Penanaman Kapsul Masa (Time Capsule) ~ akan dibuka pada tahun 2108 nanti.
Pengisytiharan Watikah Pemasyhuran KSAH 100 Tahun
KDYMM Tuan Sultan Kedah Darul Aman telah mengisytiharan watikah pemasyhuran KSAH 100 Tahun Klik Sini
Penulisan Buku
Tiga buah bahan penulisan (buku) telah dihasilkan sempena Sambutan KSAH 100 Tahun iaitu:
- Indah Khabar Indah Rupanya
- A Beacon on The Kedah Plain
- 100 Years of Excellence
Catatan: Buku-buku tersebut boleh dibeli di Koperasi KSAH.
Lagu & Logo “KSAH 100 Tahun” & Lagu SAHOCA
Logo dan dua buah lagu telah dicipta iaitu lagu KSAH 100 Tahun dan lagu SAHOCA (oleh Pak Ngah). Lagu-lagu tersebut telah dinyanyikan oleh Roy. Klik di sini untuk lihat, logo dan lagu KSAH 100 Tahun.
Centennial Auditorium
Bilik komputer (sebelumnya Bilik AVA) telah diubah suai sebagai sebuah auditorium dan dinamakan Centennial Auditorium. Pada hari sambutan, auditorium tersebut telah digunakan sebagai bilik Pameran Seni Lukis oleh bekas-bekas pelajar. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh YA Bhg Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kini auditorium digunakan untuk mesyuarat, taklimat, kursus serta pelbagai aktiviti lain.
Catatan: KSAH telah memperolehi sebuah bangunan makmal komputer yang baru (dua tingkat) sebagai ganti bangunan yang dijadikan auditorium.
Karnival 100 Tahun
Sempena Majlis Sambutan KSAH 100 Tahun, satu karnival telah diadakan pada 26 hingga 28 Julai 2008. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti pameran, pertandingan sukan, mewarna, karaoke, pelbagai gerai jualan, permainan komputer dan sebagainya yang melibatkan bukan sahaja warga KSAH tetapi juga badan-badan luar. Sambutan daripada masyarakat awam, khususnya collegians amat menggalakkan.
Medan Serbaguna
Sebuah medan serba guna telah dibina di Persiaran Tunku Abdul Rahman (tepi gelanggang tenis).


