Archives: April 2010

Telefon kaki facebook

Published on: Monday, 19 April 2010
Comments: No Comments

SEBUT sahaja facebook, hampir semua pengguna Internet tahu mengenainya dan jika ada pihak menghalang penggunaannya, tentu akan berlaku ‘pertumpahan darah.’

Popularitinya sememangnya sangat hebat sehinggakan ramai penggunanya akan menjadi ‘histeria’ dan mula ‘meracau-racau’ menyalahkan syarikat jika dihalang mengakses laman sosial itu.

Begitulah hebatnya pengaruh facebook kepada pengguna Internet terutamanya di negara ini.

Sememangnya tidak dinafikan laman itu juga mempunyai kebaikan seperti mampu menghubungkan rakan yang telah lama terputus hubungan atau platform menghubungkan pemimpin dengan rakyat.

Selain mengakses di komputer, anda juga sebenarnya mempunyai banyak pilihan untuk mengakses facebook menggunakan iPhone, Blackberry atau telefon pintar daripada pelbagai pengeluar telefon bimbit.

Peserta terbaru dalam arena itu adalah Microsoft, satu nama yang dikenali oleh semua pengguna komputer di seluruh dunia.

Selepas menguasai hampir 100 peratus meja-meja komputer di seluruh dunia, Microsoft kini mengorak langkah untuk memasuki era telekomunikasi bergerak dengan memperkenalkan telefon bimbit terbaru.

Syarikat perisian komputer terbesar dunia tersebut menyasarkan telefon yang dikenali sebagai KIN itu untuk pengguna yang aktif menggunakan laman sosial di Internet.

Microsoft telah mengadakan kerjasama dengan Verizon Wireless, Vodafone dan Sharp untuk memperkenalkan produk itu.

Di pasaran Amerika Syarikat, Microsoft berkerjasama dengan Verizon Wireless dan bagi pasaran Jerman, Itali, Sepanyol dan United Kingdom, rakan kerjasamanya adalah Vodafone.

KIN menggabungkan kemudahan telefon bimbit, perkhidmatan dalam talian dan komputer peribadi dalam satu produk.

Telefon ini mempunyai dua model iaitu KIN ONE dan KIN TWO. Kedua-duanya mempunyai skrin sesentuh dan fungsi mengelungsur untuk membuka papan kekuncinya.

KIN ONE adalah lebih kecil dan direka untuk diguna menggunakan satu tangan sahaja dan KIN TWO mempunyai skrin lebih besar dan mempunyai papan kekunci Qwerty menggunakan dua tangan.

ONE mempunyai kamera 5 megapiksel (MP), sementara TWO mempunyai kamera 8 megapiksel yang boleh merakam video berdefinasi tinggi.

Kedua-dua model mempunyai flash LumiLEAD terang untuk merakam imej dalam cahaya rendah dan teknologi penstabilan imej.

"Kami menghasilkan KIN untuk mereka yang hidup sentiasa perlu dihubungkan, suka berkongsi, melahirkan ekspresi dan melakukan apa sahaja berkaitan dengan rakan dan keluarga," kata Presiden Bahagian Peranti dan Hiburan Microsoft, Robbie Bach.

Microsoft menyatakan KIN mempunyai ciri-ciri rangkaian sosial yang dibina dengan jalinan erat di dalam telefon dengan menu dan ikon pada paparan antaramuka yang mudah dicapai.

Bagi memudahkan pengguna, telefon tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

KIN Loop

Skrin utama dinamakan Loop yang sentiasa berada dalam keadaan terkini dan sentiasa disambungkan ke Internet. Apabila dihidupkan, KIN akan secara automatik membawakan perkhidmatan seperti facebook, MySpace dan Twitter ke dalam satu tempat.

KIN Spot

KIN Spot membenarkan pengguna berkongsi video, foto, pesanan teks, muka laman web, lokasi dan status terkini yang kesemuanya boleh diletakkan di satu tempat dikenali sebagai Spot. Semua rakan dan maklumat boleh dikumpulkan di situ dan terpulang kepada pengguna bagaimana untuk berkongsi maklumat itu dan menyiarkannya.

KIN Studio

KIN Studio pula merupakan akses di Internet melalui telefon anda yang membantu anda berkongsi maklumat. KIN Studio misalnya secara automatik menyimpan segala teks, sejarah panggilan, foto, video dan nombor rakan di laman web khas.

Bagi penggemar muzik pula, KIN menjadi telefon Windows pertama menggunakan Zune yang merupakan pemain muzik, video, radio FM dan podcast.

KIN juga membenarkan pengguna menggunakan Bing untuk mencari maklumat di Internet dan mempunyai pembaca RSS.

- Utusan Online

Karipap-Karipap Cinta

Published on: Friday, 16 April 2010
Tags: , ,
Comments: No Comments

Penting menikmati sarapan

Published on: Friday, 9 April 2010
Categories: Articles, Experiences, Kosmo
Comments: No Comments


SELEWAT mana pun anda bangun tidur, pastikan anda makan sesuatu. – Gambar hiasan.


INGIN ketahui rahsia untuk menjadi bijak, gembira dan langsing tubuh badan? Jangan sesekali tinggalkan sarapan pagi!

Namun ramai yang tidak menyedari perkara itu. Memulakan hari dengan sarapan pagi adalah penting bagi membantu seseorang untuk berfikir, merasa dan kelihatan lebih baik. Ia juga penentu suasana untuk hari itu yang seterusnya.

“Kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka yang kerap mengambil sarapan pagi mempunyai sikap yang lebih positif, langsing dan mempunyai prestasi mental yang lebih baik,” kata pakar nutrisi Nestle Malaysia, Cher Siew Wei.

Ini kerana badan kita menggunakan gula atau glukos dalam darah untuk tenaga. Apabila kita bangun daripada tidur, paras gula dalam darah adalah rendah kerana kita ‘berpuasa’ semalaman. Jadi, dengan pengambilan sarapan pagi yang penuh khasiat dan seimbang, ia akan membantu menyumbangkan tenaga yang cukup untuk memulakan hari anda.

Berat badan dan mood

Siew Wei berkata, memulakan hari dengan sarapan yang seimbang khasiatnya mempunyai kesan positif ke atas kepekaan, tumpuan dan membantu pelajar dan pekerja meningkatkan sikap yang positif terhadap pelajaran atau tugas masing-masing.

“Tidak menghairankan, jika diberi sarapan yang kaya dalam karbohidrat yang kompleks seperti roti jagung, minuman bijirin penuh dan sarapan bijirin penuh, akan meningkatkan paras glukos otak,” kata beliau.

Makan untuk turunkan berat badan mungkin satu konsep yang paradoks kepada sesetengah orang. Namun begitu, kajian telah membuktikan bahawa makan sarapan pagi membantu membendung selera anda untuk hari berkenaan di samping mempertingkatkan metabolisme . Ini sudah pasti membantu seseorang untuk mengurangkan berat badan.

Siew Wei berkata, peningkatan metabolisme bermula dengan pembakaran maksimum jumlah kalori untuk menjana aktiviti anda.

Adakah anda seorang penggemar karbohidrat yang sedang berusaha untuk mengurangkan berat badan? Sarapan pagi adalah masa terbaik untuk mengambil karbohidrat memandangkan anda mempunyai masa sepanjang hari untuk membakar dan menggunakannya sebagai tenaga untuk badan dan otak untuk bekerja. tetapi, pastikan untuk memilih bijian penuh yang tinggi serat.

Pengambilan karbohidrat waktu pagi adalah ‘lesen’ untuk anda tanpa menjejaskan usaha menguruskan badan.

Siew Wei berkata, mereka yang meninggalkan sarapan pagi juga dilihat cenderung memilih makanan yang mengandungi tinggi kalori pada waktu makan berikutnya. Untuk jangka panjang, ini boleh membawa kepada pembentukan penyakit kronik.

“Banyak kajian menunjukkan hubungan antara pengambilan sarapan pagi dan pengurusan berat badan. Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada 2002 melaporkan bahawa 3,000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78 peratus daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari.

“Hasilnya mendapati bahawa pengambilan sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan berat badan,” kata beliau.

Rutin pagi

Satu lagi kajian oleh Universiti Texas, El Paso di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mengambil sarapan pagi boleh meningkatkan pengeluaran leptin, sejenis hormon yang menyekat selera.

Bagaimanapun kajian Nutrisi Dewasa Malaysia (2003) menunjukkan bahawa satu daripada 10 orang dewasa Malaysia tidak mengambil sarapan pagi.

Satu kajian bersama oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle mengenai Status Nutrisi dan Tabiat Diet Pelajar Sekolah Rendah di Malaysia (2007-2008) menunjukkan bahawa satu daripada tiga pelajar sekolah rendah pergi ke sekolah dengan perut kosong.

Alasannya? Daripada 11,371 pelajar sekolah rendah, 45 peratus berkata, mereka tidak mengambil sarapan pagi kerana tidak mempunyai masa, 22.2 peratus tidak lapar manakala 17.6 peratus tidak berselera.

“Tiada selera atau tiada masa untuk sarapan pagi adalah sama dengan ‘saya tidak mempunyai masa untuk bersenam’ sebagai alasan,” kata Siew Wei.

“Jika anda mahu membiasakan semula diri untuk bersarapan pagi tetapi ‘tiada selera’ menjadi halangan, mulakan dengan sesuatu yang sedikit dan senang untuk disediakan dan tumpukan perhatian untuk menjadikannya sebagai sebahagian daripada rutin pagi,” katanya.

Tiada istilah lambat untuk sarapan pagi! Sarapan pagi ditafsirkan sebagai hidangan pertama pada hari anda yang perlu diambil dalam tempoh satu jam selepas bangun daripada tidur.

“Jadi, walaupun anda bangun hampir waktu makan tengah hari, makanlah sesuatu. Ia masih dianggap sarapan pagi,” kata Siew Wei.

Sesetengah kita mungkin memilih untuk menunggu waktu makan tengah hari dan mengambil kedua-duanya sekali. Siew Wei menasihatkan agar ini tidak dilakukan.

“Sarapan pagi adalah permulaan pengambilan makanan selepas ‘berpuasa’ waktu tidur, jadi sekiranya anda bangun lewat, jangan tunggu untuk hidangan makanan selepasnya. Makan dulu sesuatu.

“Anda tidak boleh menggantikan sarapan pagi dengan memakan lebih pada waktu makan tengah hari. Ia tidak berkesan cara itu. Malah, ia boleh membahayakan tubuh dan kesihatan,” katanya. – Bernama

4 April

Published on: Sunday, 4 April 2010
Comments: No Comments

Suasana nyaman, angin yang tenteram, hujan berpatah arah, dedebu jatuh rebah, unggas-unggas malam menyapa sang rembulan. Itulah 4 April.

Sungguh jauh perjalanan ini. Sedar tak sedar almost 3 dekad terabdinya diri ini di atas bumi yang bertuah. Sedekad yang lalu, masih terasa untuk berada di masa ini. Hari ini telah tiba. Kerinduan hari-hari yang lepas meninggalkan seribu satu pengalaman. Pahit, manis, masam, masin, payau semua ada.

10,800 hari menghirup udara segar (segar ke) di alam ini. Perjuangan masih belum selesai.

Selamat Hari Jadi Sayang.

Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan
dan rintangan yang besar.  Kebesaran halangan dan rintangan itu
adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. – HAMKA

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang
akan datang.  Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara
saja. – HAMKA

Rekod kesihatan peribadi elektronik

Published on: Thursday, 1 April 2010
Categories: Articles, Innovation, Kosmo
Comments: No Comments
Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

DIBINA dalam saiz kad kredit, rekod kesihatan anda disimpan dalam peranti USB.


PERASAAN runsing adalah lumrah bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan lebih-lebih lagi jika perlu melancong ke luar negara. Masakan tidak, rekod perubatan sedia ada perlu sentiasa dibawa sebagai persediaan sekiranya perlu menjalani rawatan ketika berada di negara asing.

Semuanya perlu lengkap kerana maklumat itu akan memudahkan sebarang tindakan atau keputusan dalam pemberian rawatan. Bukan sahaja memudahkan pengamal perubatan yang bertugas, maklumat itu juga penting demi keselamatan pesakit yang hendak menerima layanan medikal.

Secara praktikal, rekod sejarah perubatan individu yang selama ini disimpan pihak hospital, sepatutnya disimpan juga oleh setiap orang. Maka, cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan kad elektronik yang mengandungi semua maklumat lengkap berkaitan latar kesihatan diri.

Menyedari hakikat tersebut, Malaysia Healthcare (MHC) yang merupakan penyedia pelancongan kesihatan di Malaysia mengambil inisiatif memperkenalkan kad Rekod Kesihatan Elektronik Peribadi (iPHER) bagi memudahkan urusan rekod kesihatan pesakit dengan pihak hospital.

Saiznya sama seperti kad kredit biasa tetapi dilengkapi kemudahan peranti USB. Dalam keadaan yang memerlukan individu itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan atau rawatan kecemasan, kad yang menyimpan data klinikal tersebut adalah tanda pengenalan awal.

Ketua Pegawai Eksekutif MHC, Suresh Ponnudurai berkata, melalui iPHER, semua rekod perubatan peribadi boleh diperoleh segera apabila mereka menjalani rawatan di hospital di dalam atau di luar negara.


SEBARANG rawatan kecemasan memerlukan maklumat kesihatan dan latar belakang pesakit disemak terlebih dahulu. – Gambar hiasan.


“iPHER bukan seperti kad biasa kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat seperti kata laluan yang hanya boleh diakses pemiliknya dan mempunyai kapasiti memori sebanyak lapan gigabit.

“Pemiliknya boleh menyimpan rekod kesihatannya setiap kali berkunjung ke hospital terus daripada komputer kerana ia mempunyai sambungan USB dan boleh di akses di setiap komputer,” katanya.

Justeru katanya, dengan iPHER, pesakit tidak perlu lagi membawa segala rekod perubatan ketika menjalani rawatan di luar negara. Mereka juga bebas berkunjung ke destinasi idaman biarpun dalam keadaan kesihatan kurang baik yang memerlukan rujukan di klinik atau hospital.

Simpanan maklumat

“iPHER mampu merekodkan pelbagai data antaranya rekod imbasan sinar-X, preskripsi perubatan, ujian makmal, imunisasi, imej digital, rekod pergigian, penjagaan mata dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Apabila seseorang pesakit mempunyai rekod kesihatan elektronik, proses pemeriksaan kesihatan di mana-mana hospital menjadi lebih cepat dan efisien,” jelas Suresh.

Tambahnya, rekod kesihatan digital berkenaan telah digunakan di Amerika Syarikat sejak tiga tahun lalu selain di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Ia juga bakal dilancarkan di Brazil tidak lama lagi.

Sebagai kemudahan pemahaman, maklumat dalam kad itu diterjemah ke dalam pelbagai versi bahasa seperti Inggeris, Sepanyol, Portugal, Arab, China, Jerman dan Perancis.

REKOD kesihatan elektronik juga membantu pesakit kecil kerana mereka tidak dapat menerangkan penyakit mereka secara tepat.



Katanya lagi, tidak seperti model lain dalam pasaran, tiada perisian khas diperlukan untuk melihat rekod yang disimpan dan ia boleh digunakan untuk semua sistem operasi Microsoft dan sambungan USB.

“iPHER adalah penyelesaian lengkap yang membolehkan pelancong perubatan membawa rekod perubatannya sendiri dalam format digital untuk mendapatkan rawatan di mana sahaja di seluruh dunia.

“Kemudian, dengan data baru yang diperoleh dari tempat rawatan berkenaan, mereka boleh menyambung rawatan dengan doktor masing-masing selepas pulang ke negara asal,” jelasnya.

Tambah beliau, selain faedah tersebut, elemen asas bagi produk iPHER adalah sebagai satu langkah ke arah masa depan yang membentuk sistem penyimpanan, pengurusan dan penyampaian maklumat kesihatan peribadi yang tepat dan boleh digunakan di seluruh dunia.

“Sebagai trend global iaitu sentiasa bergerak ke hadapan ke arah pendigitan maklumat perubatan, hasrat kami adalah untuk membawa penjagaan kesihatan di Malaysia ke satu tahap lebih tinggi.

“Pengenalan iPHER amat bertepatan bagi memenuhi hasrat ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Patient Practitioners, LLC – USA berkata, adalah penting untuk setiap individu mempunyai kawalan ke atas kesihatan mereka sendiri.

SESEORANG mungkin tidak lagi perlu membawa ubat-ubatan yang berlebihan ketika melancong ke negara asing.



“iPHER menawarkan kemudahan daripada bebanan rekod-rekod perubatan sedia ada tetapi dalam masa sama membenarkan mereka untuk menguruskan kesihatan mereka sendiri.

“iPHER dibangunkan di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2006 di Patient Practitioners dan telah menerima Anugerah Gabenor bagi Kepelbagaian Perniagaan untuk inovasi,” katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan ekonomi Malaysia tahun 2009/2010, pelancongan kesihatan dijangka menyumbang sebanyak RM330 juta bagi pendapatan dalam negara.

Ia ekoran peningkatan jumlah pesakit luar negara sebanyak 430,000 tahun lalu. Pelancong perubatan juga meningkat sepuluh kali ganda sejak 1998 iaitu sebanyak 374,063 sehingga tahun 2008.

Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendapatan dalam negara yang memberangsangkan iaitu RM14.1 juta kepada RM299.1 juta bagi tempoh yang sama.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan iPHER boleh mendaftar di www.malaysiahealthcare.com atau menghubungi 03-2719 5582 untuk maklumat lanjut.

Credit to KOSMO Online

page 1 of 1
Inspiration's Tweet
- Twitter Goodies - Profile
Momento




Momento

Welcome , today is Monday, Monday, 22 October 2018