Categories: Tingkatan 1 Fikir

Tingkatan 1 Fikir

Published on: Sunday, 27 July 2008
Comments: No Comments

Tahun 1993 ditempatkan di Tingkatan 1 Gigih.

Cikgu2:
Cikgu Tingkatan: Cikgu Asma
BM : Cikgu Abdul Rahman
BI : Cikgu Mazlan
Matematik: Cikgu Asma/Cikgu Chan (Masa Cikgu Asma cuti bersalin)
Sejarah: Cikgu Rosnah
Sains: Cikgu Rushdan
Geografi: Cikgu Lee Lai Lin
Kemahiran Hidup: Cikgu Idris
Pendidikan Islam: Ustaz Sulaiman
Pendidikan Seni: Cikgu Shanmugam

Kenangan… berkenalan dengan Faizal, Rafiq, Faisal, Rumaizi, Yuhazni dan banyak lagi, tak ingat la..sebab sebulan je.

Sekejap saja kelas tu beroperasi. Sebulan kemudian dibubarkan kerana terlalu banyak kelas dan murid yang sedikit, ye la sebab masing-masing pas tu ada yang masuk Sek Men Sains, MRSM dsb.

Kemudian masuk pulak bila diagih semula, kelas Tingkatan 1 Fikir.

Cikgu2
Cikgu Tingkatan: Cikgu Rosnah
BM : Cikgu Abdul Aziz
BI : Cikgu Wong Tong Poh
Matematik: Cikgu …….
Sejarah: Cikgu Rosnah
Sains: Cikgu Rushdan
Geografi: Cikgu Aileen Foo
Kemahiran Hidup: Cikgu Idris
Pendidikan Islam: Ustaz …….
Pendidikan Seni: Cikgu Shanmugam

Kenangan pula, berkenalan dengan Yuhazni, Zarin, Noraznal, Irman, anak Dato’ (Fitri), Ayien, Shafirul (mana sorang ni berada ye), Iskandar Zulkarnain dan ramai lagi. Setahun bersama mereka.

Kelas BI paling best sebab tak banyak keja. Kelas Sains, paling lambat sekali nak habiskan silibus. Kelas BM, paling menakutkan. Kelas Matematik macam kuliah agama. Kelas PI macam kelas lawak jenaka.

Tahun pertama aku berada dalam Pasukan Pancaragam Kolej. Tu je yang aku masuk masa tu. Dan yang paling best kelas 1F ni, bersebelahan dengan Blok Form 6, yg dah tentu ada pelajar pompuan. Ape lagi 1F bangunan rendah, Form 6 bangunan tinggi, namapk la lalu lalang budak Form 6 pompuan ni, riuh rendah satu kelas, al-maklum la umur manjangkau 13 tahun semuanya, baru nak belajar mengenao ngorat-mengorat ni. Masa tingkatan satu ni, tak de lagi kelas terror ke tak terror. Bila dah final exam, baru diagih ikut yang terbaik ke kelas Tingkatan 2 Amanah, 2 Bakti, 2 Cekal, 2 Dedikasi, 2 Ehsan dan 2 Fikir.

Alhamdullilah aku masuk 2 Cekal.

To be continued…..

page 1 of 1
Inspiration's Tweet
- Twitter Goodies - Profile
Momento




Momento

Welcome , today is Monday, Monday, 22 October 2018